TIDAK SEMESTI

17 08 2009

Rasa membangga diri, sombong dan takabbur tidak hanya menyerang sesetengah orang. Pemuka agama boleh kena, cendiakawan boleh kena juga. Anak dan mereka juga boleh kena. Tapi jangan kita kecilkan dan sempitkan pandangan kerana penyakit-penyakit hati tadi bukan hanya menyerang golongan yang disebutkan di atas semata, tetapi mereka yang bukan pemuka dan cendiakawan juga.

Orang yang papa boleh ada rasa sombong dan takabbur atas kejahilan dan kedegilan mereka dengan kejahilan mereka. Sungguh malanglah kalau kita dari golongan ini. Sudahlah kita tiada apa-apa di dunia, menyombong pula atas dunia.

Tapi kemuncaknya, kesombongan sesama manusia tidaklah seberapa. Jika kita bandingkan jika sikap kita dan seluruh manusia atas muka bumi ini, jika kita tergolong dalam orang-orang yang SOMBONG DENGAN TUHAN.


CINTAILAH TUHAN KITA, DIALAH ALLAH YANG MAHA ESA





BUAT BAIK BUAT JAHAT

17 08 2009

Buat baik mesti dibuat, Tapi buat jahat jangan buat, Buat baik tapi orang buat jahat, Buat Baik juga lagi baik dari buat jahat.

Buat Jahat jangan buat buat baik jangan buat jahat, Buat jahat buatlah jahat tapi yang baik buatlah yang b aik.

Buat baik, sabar lah berbuat baik, Buat jahat sabarlah jangan buat jahat.

Buat Baik Tuhan suruh buat baik, Buat Jahat Tuhan suruh jangan buat jahat,

Tapi buat jahat jangan lupa buat baik, Buat baik bila buat jahat, Buat Jahat jadi buat Baik.





JANGAN SESEKALI

17 08 2009

Bismillahiraahmanirrahim

Secara tiba-tiba, saya terfikir tentang sesuatu. Ada satu fenomena di mana bila kita ada sikap yang sombong. Sikap sombong ialah antara menifestasinya adalah apabila kita menjadi yakin dihadapan orang yang lemah sedangkan kita akan menjadi lemah dan takut bila berada di hadapan orang yang kuat pada kita. Kita menjadi yakin kerana kita tahu bahawa kita boleh mengatasi orang itu dan kita akan menjadi lemah bila kita berada di hadapan orang yang kuat kerana kita takut buila orang  yang kuat akan buat seperti mana kita buat pada orang yang lemah.

Antara sifat sombong lagi adalah bila mengutuk orang dan mencerca serta menghina seolah-olah kita adalah pemuka kebenaran dan tidak ada cacat dan cela pada diri kita. Ini juga sifat sombong. Padahnya bersikap dengan sikap ini adalah kita akan dihantui dengan perasaan yang rendah diri dan tidak yakin bila kita bertembung dengan orang yang bersikap seperti kita.

Sifat sombong tak mengenal sesiapa. Sombong dapat menyerang mereka yang berlatar belakang agama. Mereka boleh menyerang mereka yang mempunyai ilmu agama dan selalu bercakap tetang agama. Mereka boleh menyerang anak-anak, isteri dan sanak saudar mereka. Sombong juga boleh menyerang orang-orang yang menyangka diri mereka pandai dan lebih hebat dari orang lain atau dengan kata lainnya, sombong boleh berlaku berperingkat-peringkat. Kesombongan boleh menyerang orang yang sombong.

Orang yang lemah dan hina dihadapan kita tak semestinya tidak hebat dan tidak mempunyai ilmu. Kita harus ingat perkara ini sungguh-sunggung. Mungkin mereka sengaja nak memberi peluang kepada kita kerana mereka melihat kita masih tidak mempunyai ilmu dan kekurangan pengalaman serta tidak memahami perinsip-prinsip atau disiplin dalam suatu perkara.

Kita harus ingat orang ini akan mempunyai pandangan yang rendah pada kita. Dan apa yang lebih penting, kita jangan lupa, orang yang kita anggap ina dan lemah, kalau suatu hati dia bangun dan menzahirkan kehebatan yang ada padanya, boleh turut sama melakukan pada kita yang sebenarnya lemah dan tidak ada apa-apa. Ketika itu kita akan menyesal dan merendah diri, dan mungkin tidak akan mampu bangkit lagi jika kita tidak kekuatan melainkan dengan  ihsan dan jasa baik orang yang kita pandang rendah sebelum ini.

Ingat-ingatlah wahai orang-orang sekalian, kita ini tidak ada apa-apa, jangan sombong pada mereka yang kelihatan tiada berpunya. Mungkin dibelakangnya ada rakan-rakan zahir yang membantu dari jauh. Mungkin dibelakangnya ada rakan-rakan batin iaitu tokoh-tokoh silam yang membantunya melalui kisah-kisah kehebatan mereka yang orang ini ingat dan hafal. Mungkin di belakngnya ada Tuhan yang sentiasa membantu dan back up dirinya.

Jangan Jangan Jangan kita sombong sekali kali. jangan ingat kita anak pemuka dan cendiakawan kita sudah hebat dan lebih baik dan pandai dari orang lain. Jangan sesekali jangan, beranggapan bahawa kita ini anak pejuang agama dan anak pemuka agama, kita sudah cukup baik dan elok untuk menghukum dan memberikan satu nilai pada orang. Jangan sesekali jangan kita menganggap kita mempunyai kelebihan dari orang lain kita sudah dikira lebih hebat dari orang lain.

Ingatlah wahai diri kita, bahawasanya Tuhan hanya melihat hati kita dan bukan yang lain. Janganlah sesekali kita sombong. Jangan Jangan dan Jangan.


ALLAH CINTA AGUNG





BISNES

14 08 2009

Setahun yang lepas, masa mula masuk tahun klinikal, saya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.Saya mula merasa untuk menceburi bidang ini dengan tujuan untuk membantu diri sendiri mengembangkan potensi dan kebolehan diri sendiri. Lagipula, ketika tu saya dah terlalu sunyi dari sebarang aktiviti kokurikulum dan tidak sesibuk seperti tahun-tahun yang sudah.

Memang kali ini saya tekad nak cuba untuk menceburi dan mempelajari bidang ini. Bukan bermakna minat dan kesukaan saya yang lepas ingin saya tinggalkan, cuma saya nak tambah pengetahuan lagi tentang prinsip-prinsip perniagaan yang merupakan tunjang kepada sektor ekonomi.

Bidang perniagaan ternyata bukan sahaja berkenaan dengan jual beli barangan sahaja, tetapi melibatkan politik dan juga sosial. Dalam perniagaan, kita belajar tentang kepentingan menjaga hubungan antara pekerja dan majikan, antara syarikat dan syarikat yang lain dan pelbagai lagi. Politik dalam perniagaan memfokuskan kepada tujuan untuk mendapatkan keuntungan dan persaingan untuk mempengaruhi orang lain untuk memenangkan diri kita. Cuma dalam hal politik perniagaan Islam, ianya lebih telus dan bersih kerana perniagaan dalam Islam adalah suatu ibadat.Dalam perniagaan juga tentunya ada elemen-elemen sosial. Sosialnya lebih menyeluruh dan mengenai jiwa kita kerana hubungan peniaga biasanya lebih langsung dengan pelanggan dan pengguna. Apatah lagi ekonomi yang menjadi elemen utama dalam aktiviti perniagaan. Pendek kata dalam perniagaan adalah semua elemen tentang kehidupan.

Ketika masih dalam pengajian ni, aktiviti perniagaan saya tidak lah terlalu sibuk kerana prioriti masa dan tenaga saya berikan kepada bidang perubatan. Apa yang saya lakukan adalah mempelajari prinsip-prinsip asas dalam perniagaan, meneliti strategi-strategi dan selok-belok dalam perniagaan dan pelbagai lagi perihal dalam perniagaan. Pendek kata, kebanyakan  penglibatan saya buat masa ni menjurus kepada membina perspektif memalui pembacaan dan melihat video-video yang berkaitan. kebanyakannya melibatkan buku-buku dan bahan-bahan multimedia. Cuma pernah beberapa ketika ketika cuti semester dan cuti antara semester, saya cuma melakukan beberapa aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.

Penglibatan Rakan-rakan

Seorang rakan saya pernah bertanya mengapa saya tidak memberitahu yang saya ada menjalankan perniagaan. Saya dengan tenang dan yakin memberikan penjelasaan bahawa saya masih belum bersedia lagi kerana saya masih baru dalam bidang ni.

Sebenarnya, sejak sekolah menengah lagi saya menceburi bidang perniagaan semasa saya menyertai Program Usahawan Muda di sekolah menengah dahulu. Ketika itu, saya pernah menjadi Pengurus Besar dan seterusnya bertindak sebanyak ketua dan peneraju kepada syarikat di sekolah. Memang menarik dan indah pengalaman ketika itu, bayangkan dari beberapa ratus ringgit, kami sekumpulan berjaya menggandakan wang syarikat sehingga menjadi ribuan ringgit. Malah seingat saya, jumlah terkumpul wang syarikat mencecah lebih RM 10 ribu. Sememangnya, menjadi satu kepuasan dan kegembiraan kepada saya dan rakan-rakat pengurus ketika itu bila melihat nilai saham dan pendapatan syarikat sentiasa menunjukkan tanda-tanda yang memberangsangkan. Rakan-rakan yang menganggotai bahagian operasi juga turut gembira.

Cuma itu ketika sekolah, cara hidupya berbeza, perspektif masyarakat berbeza, pandangan ahli-ahli dan rakan-rakan berbeza, masing-masing masih dalam proses belajar.

Di universiti, terutama sebagai seorang pelajar perubatan seperti saya, situasinya bidang berbeza dan jauh berbeza. Faktor-faktor luaran dan dalaman peribadi dan masyarakat juga memberikan kesan kepada aktiviti perniagaan. Justeru, saya mula belajar mengenai perspektif perniagaan dalam dunia yang realiti.Seperti yang selalu saya katakan “University is a pre-life institution”, JAdi saya nekad untuk belajar dan membuka minda saya untuk belajar perspektif perniagaan dalam skala yang lebih besar dan luas lagi.

Dari situ, saya membuat keputusan biarlah saya mencubanya terlebih dahulu. Untuk melibatkan kawan-kawan, saya khuatir jika bidang perniagaan boleh menjejaskan fokus pengajian.Saya khuatir akan menjadi penyebab kepada apa-apa kesudahan yang tidak diingini.

Ada juga kawan-kawan yang bersedia untuk menjadi rakan kongsi dengan memberikan modal. Saya amat hargainya, tapi memandangkan belum ada satu sistem yang berjaya untuk memberikan pulangan yang tetap, saya masih khuatir untuk menerima modal dari orang-orang yang tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan saya.

Dihujung

Alhamdulillah, kini saya mula berani untuk membina perspektif dalam perniagaan dan mengenali prinsip-prinsip asas perniagaan. Seterusnya, saya nak tumpukan bidang akademik saya dan beberapa hal-hal peribadi.  Insya ALLAH, bila hal-hal besar ni selesai, saya akan menyambung semula minat dan kegiatan saya bukan sahaja perniagaan, tetapi bidang-bidang yang lain juga termasuklah bidang perubatan.

Semoga kita semua di sayangi Tuhan Yang Maha Esa.

ALLAH CINTA AGUNG





BERSYUKUR

8 08 2009

Segala puji bagi Tuhan sekalian Alam yang Esa dan tidak ada sekutu baginya.Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana masih mengizinkan hayat yang baik dan lancar kepada diri ku sehingga ke saat ini.

Syukur adalah sifat hamba. Sifat hamba kepada Tuhan. Kerana itu, usahakanlah diri untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan.

Syukur juga kepada Tuhan kerana menemukan kita kepada manusia disekeliling kita. Kawan-kawan, guru-guru, orang-orang disekitar, itu semua kurniaan Tuhan. Maka berusahalah untuk mensyukuri kehadiran mereka disekeliling.

Mendoakan kebahagiaan dan keberkatan hidup kita dan mereka yang ada disekeliling merupakan antara tanda yang baik sebagai tanda kita bersyukur.

Mudah-mudahan doa kita akan diterima Tuhan. Mudah-mudahan dengan doa yang Tuhan kabulkan akan menjadikan kita salah satu dari orang-orang berbahagia di akhirat nanti. Mudah-mudahan disanalah kita akan bersama-sama dengan orang yang kita kasih antara satuy sama lain. Di sana tidak ada penipuan hipokirasi dan penyamaran. Segalanya telus dan benar belaka.


ALLAH CINTA AGUNG





INFERIORITY COMPLEX

6 08 2009

Sudah hampir 6 tahun, saya meninggalkan bangku sekolah. Dimana, disitulah, saya banyak belajar tentang erti kehidupan. Yang sebenarnya, mempelajari tentang kehidupan sentiasa berlaku dan akan terus berlaku sehingga kehidupan kita tamat kelak. Yang membezakan kita dalam mempelajari tentang kehidupan adalah sejauh mana cerapnya kita untuk melihat dan mentafsir apa yang telah berlaku dihadapan mata kita.

Biasanya, orang hanya melihat bahawa orang-orang yang diatas adalah sebagai tempat rujukan supaya kita dapat belajar dan mempraktikkan bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan kita. Kita mengikut mereka sehingga kita mungkin terlupa bahawa setiap pada diri kita mempunyai potensi yang tersendiri. Potensi yang tiada batasannya jika kita benar-benar tahu bagaiman hendak menggunakan kebijaksanaan yang kita lakukan.

Maka persoalan yang utama adalah bagaimanakah untuk memastikan kita dapat memanfaatkan kebijakasaanyang sebenarnya terpendam dalam diri dan jiwa kita.

Selain itu, ramai orang yang mungkin tidak percaya diri sendiri, mungkin tidaklah sampai ke tahap tidak percaya pada diri, tetapi mungkin ramai yang kurang percaya pada kebolehan diri sendiri. Ketika berada pada satu suasana yang terdesak, barulah potensi diri akan timbul dan menyerlah. Ketika hari-hari biasa kita sering sahaja mengalami krisis dan konflik dalam jiwa kita hingga menjadikan kita tidak bersemangat dan berkeyakinan untuk melaksanakan sesuatu yang kita fikirkan benar. KAdang kala kita mungkin akan merasa takut, segan, rasa rendah diri yang mungkin dapat disimpulkan sebagai inferiority complex. Frasa ini sebanarnya mempunyai falsafah dan perincian yang banyak disebaliknya. Cuma secara ringkas, cukuplah memahaminya sebagai satu rasa rendah diri terhadap diri kita sendiri.

Kadang-kala kita akan berada dalam keadaan penafian ataupun dalam istilah yang biasa digunakan iaitu state of denial. Walaubagaimanapun, amat sukar bagi diri kita sendiri untuk menghitung dan membuat kira-kira tentang sifat tersebut dalam kita sendiri secara sendiri, lebih-lebih lagi ketika kita berada bersama-sama dengan mereka yang mempunyai aura yang lebih superior. Tetapi, satu cara yang mudah untuk kita menilai tahap inferiority adalah perasaan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang yang kita anggap sebagai lebih inferior daripada kita walaupun pada hakikatnya mereka yang berada dihadapan kita mungkin lebih superior atau sama taraf dengan kita.

Inferiority complex sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa kaedah. Pertama kita meminta bantuan dari orang lain dan Yang Kedua kita memohon bantuan dari satu kuasa yang tidak terbatas. Kedua-duanya merupakan kaedah yang benar dan betul mengikut kaedah syara’. Dengan syarat akidah dan syariat Islam hendaklah dipatuhi dan tidak diselewengkan.

Memerlukan bantuan dan pertolongan dari orang lain merupakan fitrah bagi manusia. Kita tidak akan dapat hidup berseorangan dan bersendirian tanpa bantuan dan pandangan dari orang lain. Walau sehebat manapun kita, sekaya manapun kita, kita tetapi tidak akan dapat hidup seorang diri melainkan dengan bantuan dari pihak lain.

Selain daripada cara yang pertama, kita boleh menggunakan cara yang kedua iaitu meminta pertolongan dan bantuan dari satu kuasa yang tidak terbatas. Dalam hayat kita hanya akan ada satu sahaja kuasa agung dan hebat yang tidak terbatas. Itulah kuasa Tuhan. Dalam semua agama, kuasa yang maha hebat hanyalah satu. Dan itulah dia kuasa ALLAH.

Di dalam Al-Quran, Allah telah memberikan khabar kepada kita, bahawa, jika orang tidak beriman mengikut ajaran syariat islam, meskipun mereka akan ditanya tentang pencipta alam ini, mereka pasti akan menyebut bahawa ALLAH adalah pencipta alam dan ini membuktikan sebagai tanda pengiktirafan mereka kepada ALLAH s.wt.

Maka, dengan mengetahui bahawa TUHAN adalah kuasa yang tidak terbatas, maka dengan cara inilah juga kita dapat mengatasi diri kita untuk merawaat diri yang mempunyai masalah IC.

Kita biasa melihat bahawa, ada beberapa tokoh dan orang-orang tertentu yang berjaya dan mampu untuk melakarkan kejayaan yang luar biasa, indah dan mengagumkan. Dalam melihat kejayaan orangp-orang ini, kita seolah melihat kejayaan mereka itu adalah kerana kekuatan dalaman mereka semata-mata. Tetapi tidak semua yang berpandangan sedemikian, yang pastinya ianya kuasa dari TUHAN yang sedang bersemayam diatas arasyNYA.

Inilah antara satu aspek yang saya pelajariu semasa dibangku sekolah.

Maha Suci Tuhan.

“ALLAH CINTA AGUNG”





Tanda bertolak ansur

6 08 2009

Dalam perjuangan kita, kadang-kadang kita mesti bertolak ansur dan memberikan ruang kepada orang lain untuk mengembangkan potensi diri. Kerana kadang-kadang ada orang-orang yang berpotensi tapi tak mampu untuk mengembangkan diri kerana dia rasa malu dan segan bila melihat orang lain lebih baik dan hebat daripada dirinya.

Tetapi, bila orang lain merendah diri dan memuja dan mengangkat diri orang tersebut, dia akan bersemangat.

Kadang-kadang kita bertolak ansur dengan orang-orang yang macam ni. Semoga tolak ansur kita akan menjadi penilaian Tuhan yang Maha Esa.

Jadi kesimpulannya, kita barangkali perlu sengaja mengundur diri buat seketika dan mencipta dunia kita yang tersendiri. Jika kita tidak mencipta dunia kita, nanti kita akan jadi lebih teruk dan membunuh potensi diri kita.

Kadang-kadang kita mesti pandai bezakan politik dan kehidupan seharian. Kehidupan seharian adalah perjalanan yang memberikan kejayaan,  kemudahan dan kebaikan kepada kebanyakan orang. Tetapi politik yang menginginkan kedudukan dan pangkat serta kuasa adalah satu perjalanan yang akan menampakkan diri yang hebat dan meruntuhkan orang-orang yang lemah.

Oleh itu, memilih berundur bagi memberi laluan dan peluang barangkali pilihan terbaik dari melihat kegagalan dan kehancuran ramai pihak. Memanglah sakit dan tidak secocok dengan selera hati, tapi demi kasih sayang yang telah ALLAH perintahkan, direlakan juga.

Semoga mendapat kasih sayang dan perhatian dari ALLAH yang Maha Agung.





MENJERNIHKAN KEKELIRUAN – HATI

6 08 2009

Alangkah hebatnya kuasa hati dan jiwa, sifat yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini mampu mengubah apa sahaja dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa. Begitulah hebatnya terciptanya ciptaan yang hebat ini. Pastilah yang menciptanya adalah satu kuasa yang Maha hebat dan Maha Perkasa.

Hati adalah tempat letaknya pandangan ALLAH. Tempat ALLAH melihat dan membuat perhitungan tentang apa yang telah kita lakukan dan praktikkan. Itulah hati. Baik hati itu, maka baiklah manusia tersebut, jika buruk hati maka buruklah manusia itu.

Manusia hidupnya berdasarkan kepada sandaran hati pada perasaan yang memberikan rasa selesa. Kerana itu, hati yang selesa dengan maksiat dan kejahatan akan selesa dan seronok bila hidup dalam kejahatan dan kemaksiatan. Meskipun gaya itu dilihat manusia lain sebagai sengsara dan menyukarkan.

Oleh itu, usahakanlah membentuk hati dan jiwa yang baik serta tenang. Hati yang tenang adalah hati yang akan dipanggil Tuhan untuk menghadap Tuhan di syurga yang Tuhan telah janjikan.

Maka, usahakanlah iman dan taqwa agar hati kita rasa selesa tenang dan yakin dengan kehidupan bertuhan.





CENDERUNG

6 08 2009

Dalam kehidupan kita, ada saja manusia yang bias dan cenderung kepada sesuatu yang mereka sukai. Mereka menganggap bahawa kesukaan mereka adalah yang terbaik dan itulah yang sebenar. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kebenaran itu kebanyakannya adalah sesuatu yang biasanya tidak disukai oleh hati melainkan hati yang sudah benar-benar terdidik dan dibentuk dengan tarbiyah yang memberikan keutamaan kepada kesukaan ALLAH.

Kesukaan ALLAH ialah kesukaan yang harus dipenuhi. Sebagai tanda untuk membesar dan mengagungkan ALLAH sebagai Tuhan. Kesukaan ALLAH ialah apabila kita menjadikan ALLAH sebagai maksud, tujuan dan kecintaan dalam kehidupan kita. Meletakkan segala perbuatan dan juga perkataan serta niat kita hanya kepada kuasa yang Maha Agung dan penuh dengan kasih sayang.

Tetapi kesukaan ALLAH itu bukan mudah hendak di kecapi dan dilaksanakan. Kita perlu mempunyai ilmu dan makrifat untuk mengenal ALLAH sebagai Tuhan. Memahami sifat-sifat dan nama-nama Tuhan merupakan yang paling utama sekali dalam kehidupan. Setelah itu, barulah pelaksanaan syariat Tuhan dalam masa yang sama kita berusaha untuk menanamkan dalam jiwa kita perasaan mempunyai Tuhan dan mengenali Tuhan.

MERASAI ADANYA TUHAN

MENGENAL TUHAN

MELAKSAKAN PERINTAH TUHAN

Mengenal Tuhan dan merasakan kehadiran Tuhan adalah asas dalam ibadah kita. Tujuan ibadah adalah untuk menghadapkan diri kepada Tuhan dan mengagungkan Tuhan serta membesarkan dengan sepenuh hati tanpa sebarang keraguan dan kecelaruan jiwa. Perasaan hati yang asyik, khusyuk dan puas dengan menghadap Tuhan inilah yang menjadi kemuncak dalam ibadah. Menjadi kunci kepada kita mencapai tahap keikhlasan dan kekhusyukan dalam menunaikan ibadah sebagai tanda kita memberikan taat setia kepada Tuhan.

Sesungguhnya ingatlah wahai diri, bahawasanya ada satu kuasa yang Maha Agung, yang menciptakan segala-gala dan menjadikannya untuk faedah kita. Ketahuilah bahawa kuasa itu amat besar sekali. Maha hebatnya.

Usahalah diri mengenali ALLAH dan merasai kehadiranNYA dan melaksanakn syariatNYA.





TANDA KITA KEHILANGAN KASIH SAYANG

25 07 2009

Kehidupan kita mungkin nampak baik dan gembira di hadapan manusia ramai. Tapi bila dibalik tabir, ia seolah-olah berubah dengan sekelip mata seolah-olah dunia terbalik.

Tak kurang juga mereka yang mengumopat dan mengata orang-orang yang b aru sahaja bermanis muka beberapa saat lalu. Tapiu hairannya, lepas tu, bila berjumpa, mula bersenyum dan bertegur sapa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku dan segalanya gembira sahaja.

Kebanyakan manusia begitulah keadaannya. Tetapi masing-masing memperbodohkan diri dan menganggap itu sebagai norma yang telah menjadi fitrah alam.

Bila itu berlaku, mulalah kehidupan menjadi satu yang menipu atau hipokrit.

Begitulah kehiduapan bila kasih sudah tiada lagi antara satu hati- hati dengan hati yang lain.

Tetapi bukanlah mudah untuk membuatnya. Diri selalu sahaja terdedah kepada ancaman nafsu dan syaitan yang durjana. Kerana unsur-unsur inilah maka kadang-kadang hati kita didatangi perasaan yang membenci orang lain meskipun dia mungkin saudara kita, kawan-kawan kita, adik beradik kita ataupun sesiapa sahaja.

Manusia berkasih sayang bila berjumpa dan bertemu dalam mood interest yang sama. Maka pertemuan dan perhubungan mereka adalah kerana itu semata.

Kerana itulah Tuhan memerintahkan kita berjumpa dan berkasih sayang atas dasar Tuhan yang Maha Esa dan Agung. Kecintaan pada zat yang Maha Esa ini membuatkan tidak ada sesiapa pun boleh menimbulkan perasaan hasad dan dengki. Kerana Tuhan Maha Adil.

Namun, sudah tentu kesukaran untuk mendidik jiwa kearah kasih-sayang sejagat seluruh manusia amat tinggi sekali. Ia tak cukup sekadar menulis dalam blog seperti yang ada sekarang. Tetapi lebih dari itu. Mesti diikuti dengan lisan dan perbuatan.


“SALAM KASIH SAYANG “